Pages

February 03, 2011

20 Perkara tentang perempuan ,lelaki WAJIB tahu.

Helo pembaca sekalian! 
Sebelum terlupa & rasanya tak terlambat lagi untuk wish Happy Chinese New Year kepada semua yang beragama Tionghwa.
Disebabkan teruja makan limau yang overdose-banyak.
&& terlalu beriya menonton WGM version Victoria-Nichkun.
So,dengan tak semena mena entri ini dibuat.
Info dekat bawah dapat dari satu link yang diberi oleh seorang sahabat ni.
Ehee.mungkin sedikit sebanyak dapat jugak aku share dengan pembaca semua.
Tentang perempuan lelaki patut tawu.

Lelaki . Tolong . Baca ni .
Diulangi..
Baca cepat!

1. Wanita sangat terlalu mementingkan penampilan diri sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak yakin dengan diri sendiri.

2. Wanita suka apabila teman lelakinya sentiasa ingat hari-hari penting & istimewa contohnya hari lahir, hari pertama perkenalan  dengannya dan hari kamu berdua declare.

3. Air mata perempuan memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan ia digunakan bagi menagih rasa belas ihsan sama ada semasa ditimpa kesusahan ataupun meminta sesuatu yang susah didapati.

4. Suka atau tak, kebanyakan wanita sukakan lelaki yang romantik dan sentiasa ingat semasa bersamanya ataupun berjauhan.

5. Wanita tidak sah jadi wanita apabila dia tidak pandai merajuk.

6. Wanita tidak suka apabila kekasihnya keluar makan dengan perempuan lain walaupun mereka itu rakan sepejabat/sekelas/sekuliah dan se se yang sewaktu dengannya.

7. Wanita tidak suka apabila lelaki asyik mengarahnya seperti hamba.

8. Wanita memang mudah kecil hati. Jika lelaki yg disayangi sering membuat dia kecil hati, lama-kelamaan wanita boleh hilang hatinya.

9. Lelaki perlu tahu saiz pakaian dan kasut yang dipakai oleh pasangan anda barangan yang disukainya.

10. Wanita kuat cemburu. Oleh itu, buatlah perkara yang tidak mennyebabkan sebarang syak wasangka yang buruk semasa sang kekasih tidak bersamanya.

11. Wanita kaum yang sensitif. Jadi, baik berhati-hati semasa bercakap dengannya.

12. Cermin adalah teman sejati wanita. Wanita membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja/kelas/dating, enam kali semasa kerja/kelas/dating, tiga kali di tandas dan dua kali pula semasa balik kerja/kelas/dating  dengan mengambil masa kira-kira lima minit setiap kali.

13. Apabila wanita bersedih, lelaki perlu mendengar luahannya dan jadilah pendengar yang setia. Cuba fahami masalah yang dialami.

14. Lelaki perlu tahu kegemaran atau hobi kekasihnya dan makanan yang disukai. Lakukan aktiviti yang digemari bersama-sama.

15. Pujilah wanita pada masa-masa yang dirasakan perlu. Wanita amat menghargainya.

16. Biarkan dia bercakap sehingga dia puas dan berhenti sendiri.

17. Apabila lelaki nampak wanita penat, tolong dia sedikit sebanyak. Inilah antara perkara kecil tetapi amat menyukakan hati wanita.

18. Wanita cepat jemu. Jadi mereka
 suka berjalan-jalan dan mencari hiburan.

19. Wanita bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan cita-cita dan sasaran hidup.

20. Wanita selalu memikirkan tentang kecantikan diri dan kehodohannya, suka bercermin, menaruh angan-angan bakal suaminya dan suka mengawal lelaki.

p/s:macam mana? Lepas ni agak agak boleh memahami perempuan tak siket sebanyak? deyy??


5 comments:

  1. hahak ! liz ! tingat dr mat ckp sal org laki kne bjage2 bile pompan tnye HARI NI HARI APE . haha !

    ReplyDelete
  2. satu perkara mengenai lelaki

    1.Lelaki tidak peduli kesemua 20 perkara di atas.

    ReplyDelete
  3. hehhe. tengs all. to touya. i think u sorang je mcm tu?? hahaha

    ReplyDelete