Pages

November 15, 2010

Tangan gatal mahu menaip bila study straight 4 jam.

Tajuk entri macam nak riak riak kan? Amboih liz . kaw jangan . Ingat Allah siket.
Heh. biol kepala study. Orang lain pun study jugak.Heleehh..yang 'orang laen' tu pon tah tah 2x5 je confirm lah siapa yang larat study lama. -.-"

Kenapa aku duk sibuk sangat berkulbelog ni?
Hmm. Sebab tengok lappy kuh ni terbukak tapi takde orang sudi urut2 dia. har har~
Meh aku tolong ko lappy.

Alang dah menaip ni.Masa pon memang dah terbuang.Maybe aku nak share serba sedikit info pasal anak suhaimi sowang nih. 

1) Selalu disalah anggap sebagai budak sekolah lagi. Bukan nak kata nampak muda. eh eh. Tapi memang nampak cute kan? halaaahhhhh.. haha! 

2) Dimata orang, nampak lurus bendul. Tapi hakikat,aku bukan lurus bendul ok.Aku cuma loading . Sebab tak on bluetooth.

3) Takboleh lansong menggunakan sebarang henfon branded dan mahal dan latest latest. Owha. Sebab dah 4 kali henfon aku ditimpa malapetaka. Tercicir,termasok mesin basuh, pecah dan laen laen.Sebab tu skarang aku guna CSL jeh. Haha .

4) Bila study memang susah nak focus. Mesti kejap2, tangan sibuk cabut rambut gatal. Kejap2 pandang luar tingkap, kejap2 sms ,kejap2 G7 . hehe.

5) Serabot siket bila cuba nak cakap laju laju. 

6) Pernah buat blog suatu masa dulu. Tapi pegi delete . Sebab nak edit blog ekceli, tapi aku godek hape tah tewos  terdelete. So, kembali dengan address yang baru lagi layout yang cumil. Bagi aku. =P

7) Tinggal dekat kl. Tapi sirius aku lansung tak tahu selok belok kl. Apentah lagi jalan balik rumah sendiri pun konfius2.

8) Course yang aku amik skarang adalah pilihan kelima aku. yang ke-5 tahu . So faham2 lah bila dah pilihan ke 5 tu. Syukur aku dapat go on lah jugak ngan course ni. Survive terok.

9) Tak suka pokok pinang. Sebab tempat langsuir selalu lepak mengumpat ngumpat. Seraaam!

10) Seorang yang meletakkan daya ingatan nya di laci meja. Sebab aku memang pelupa . Memang selalu lupa sana sini. Selalu hilang barang . 

11) Pergi kelas hari hari naek Rush kadang kadang naek wave. Biasalah hidup menumpang. Ibarat melukut di tepian perigi.

12) Suka cemas tiba tiba. Orang yang paling geram bila aku cemas cemas tak tentu pasal adalah Mr sarip.

13) Suka beli baju berkaler terang. Tapi lepastu suka peram baju tu dan akan pakai baju yang sama tiap kali keluar atau ke kelas. hahhh..

14) Sukakan tudung kaler hitam SAHAJA. pulsetop.

15) Dalam sehari . hampir setiap menet akan tengok cermin sebab saya perasan saya cun. LOL.

16) Bila marah suke buat bunyik mendengus macam kerbau. macam ni 'nyet neyt'. eh eh?

17) Kalau ketawa terkeluar gelak jantan. hakhak. Aku gelak memang tak kiut lansong ouh. Sumpah.

18) Bila membeli belah, suka beli barang yang tak berpekdah. Lepas beli tak guna. Sungguh hodoh perangai .

19) Tak boleh tengok peminta sedekah. Sedih . 

20) Tak makan ikan pari . Jangan tanya kenapa pehlis..

21) Suka menulis dan bercakap tanpa motif . Contohnya macam entri ni. macam lah kaw orang nak tahu sangat pasal aku kan?? 

.................. 

5 comments:

  1. Nak tau pasal ikan pari tu weyyhhh

    ReplyDelete
  2. ko pena jumpe langsuir x liz?ahah

    ReplyDelete
  3. mr sarip? susah nk pikap.aku igt sarip dol..haha

    ReplyDelete
  4. noin : hahaha takda keje noin . padahal bleh je study.

    najah: sebab aku memang takboleh nak makan najah.Aku tak boleh telan. hee

    syelly : tak penah syelly. tapi kat umah aku ni banyak dah org jumpa. siap menyeru lagi langsuir tuh. pokok pinang ah port dewang.

    jay : haha. saripudin aku tu jay. name glamer sarip je aku bg. =P

    ReplyDelete