Pages

November 19, 2010

Tak rugi mencari ilmu sayang..

Situasi : Di atas sebuah meja ada diletakkan buku buku ilmiah dan juga magazine/komik mcm CLEO-UTOPIA-SEVENTEEN-REMAJA-HYPE bla bla.. (bukan bala bala..)
Buku jenis mana satu yang akan korang capai secara tindakan refleks? Jujur lah wei.. ;P

Kita yakin mesti korang pilih yang berbaur entertainment kan? Sebab lumrahnya memang kita semua pun cenderung untuk pilih apa2 yang berkaitan hiburan.Tapi kenapa eh? Pernah tak terfikir kenapa?Kita pon selalu macam tu jugak.hihihi (Konon comel membahasakan diri 'kita') =D

owha.Buku tetap buku walaupun ia hanyalah senaskhah magazine. Cuma isi kandung je yang membezakan. Ilmu juga tetap ilmu. Samada ilmu yang baik yang membawa kepada kejayaan atau ilmu yang membawa kepada kekhayalan dan kepadahan.

Hari ni tiba tiba rasa macam nak bercakap hal hal keilmuan. Sebab kita rasa kenapa lah susah sangat nak mengabdikan diri dengan ilmu yang satu ni. Study-untuk-ilmu-kehidupan-dan-akhirat. Tetapi apa yang kita buat selama ni.Bukan kita je. Secara umumnya, semua orang hanya study-untuk-exam sahaja.

Dari kita UPSR,PMR,SPM,MATRIX sampailah Unibesiti ni. 

Sanggup menghabiskan duit untuk beli magazine/komik. Tapi kurang sanggup beli buku buku keilmuan. Tak kira lah buku bercorak motivasi ke,buku panduan cara untuk berjaya ke, buku buku study dekat Unibesiti ni pun mengharapkan belas ehsan senior-senior bagi pinjam. Ahaaa. Betapalah tak sanggup keluarkan duit. Mahal lah kununnya.

Sayang duit ke? Tak jugak. Duit habes jugak. Tak sempat nak menyimpan. Dahtu? Korang tahu?

Tak kan pernah rugi ok. Biar duit luak sebab beli bahan bahan ilmiah. Dari duet luak tak tahu ke mana mengalir.

lagipun orang yang banyak ilmu ni semua orang hormat kan? takda orang akan pijak pijak apa yang kita suarakan. Untuk carik ilmu kenalah banyak berkorban. bak kata orang,semakin banyak pengorbanan semakin cerah peluang kejayaan. Kalau ada tergelincir,tersadung ke masa on-the-way nak mencari ilmu tu.Janganlah mengomel ngomel. Peringatan untuk diri cik bawang jugak ye. theee..

Ok sampai sini.bye.

p/s : Kunci kepada kejayaan adalah kesungguhan. Insyallah. :)

No comments:

Post a Comment